e-FORUM SANDAKAN CITY FRIENDS
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 24 on Sun May 10, 2015 11:18 am
Latest topics
» Apakah Syarikat Sdn. Bhd.?
Cemerlang dan Istiqamah EmptyFri Aug 19, 2011 2:49 pm by Shah

» Enterprise vs Sdn. Bhd.
Cemerlang dan Istiqamah EmptyFri Aug 19, 2011 2:39 pm by Shah

» Siaran Tertunda TV3
Cemerlang dan Istiqamah EmptyFri Aug 19, 2011 2:28 pm by Shah

» Live Streaming TV1, TV2 & TVi
Cemerlang dan Istiqamah EmptyFri Aug 19, 2011 2:18 pm by Shah

» Cemerlang dan Istiqamah
Cemerlang dan Istiqamah EmptyThu Jan 08, 2009 2:04 pm by Shah

» Siapakah Usahawan ?
Cemerlang dan Istiqamah EmptyTue Aug 12, 2008 5:57 am by Shah

» Pantun Dua Kerat
Cemerlang dan Istiqamah EmptyTue Aug 12, 2008 4:54 am by Shah

» BLOG LA21 KEBERSIHAN
Cemerlang dan Istiqamah EmptyMon Aug 04, 2008 2:44 am by Shah

» KUNANG-KUNANG DAN DRAGON FLY
Cemerlang dan Istiqamah EmptyTue Jun 24, 2008 7:14 pm by Shah

» SENAM ROBIK DI DATARAN MPS
Cemerlang dan Istiqamah EmptyTue Jun 24, 2008 6:48 pm by Shah

» SEMULA JADI MANUSIA SUKAKAN KEBERSIHAN & KEINDAHAN
Cemerlang dan Istiqamah EmptySun Feb 10, 2008 6:49 pm by Shah

» Maksud Keushawanan
Cemerlang dan Istiqamah EmptyThu Jan 17, 2008 3:26 pm by Dingsu

» JEMPUTAN MENGHANTAR BERITA
Cemerlang dan Istiqamah EmptyMon Jan 07, 2008 10:42 pm by Shah

» Pelihara solat walau dalam apa keadaan
Cemerlang dan Istiqamah EmptyMon Jan 07, 2008 3:43 pm by Dingsu

» PARLIMEN MALAYSIA
Cemerlang dan Istiqamah EmptyMon Dec 24, 2007 9:57 pm by Shah

April 2024
MonTueWedThuFriSatSun
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930     

Calendar Calendar


Cemerlang dan Istiqamah

2 posters

Go down

Cemerlang dan Istiqamah Empty Cemerlang dan Istiqamah

Post  Dingsu Tue Jan 15, 2008 3:05 pm

“Sesungguhnya mereka yang mengatakan, ‘Tuhan kami ialah Allah’ kemudian mereka istiqamah (iaitu meneguhkan pendirian mereka) di atasnya, maka para malaikat akan turun kepada mereka dan berkata, ‘Janganlah kamu berasa takut dan janganlah bersedih hati. Bergembiralah dengan syurga yang telah dijanjikan kepadamu.’” (Fussilat, 30)


UNTUK CEMERLANG KITA perlu konsisten dengan segala kebaikan yang kita lakukan. Konsisten dalam bahasa Arab bermaksud istiqamah. Di dalam Mufarradat ar-Raghib, istiqamah atau konsisten didefinisikan sebagai berterusan berada di atas landasan yang lurus. Berhubung dengan perkataan istiqamah yang terdapat dalam ayat di atas, Abu Bakar as-Siddiq berkata, “Tetapkanlah pendirianmu dalam amalan dan perkataan.”

Uthman bin Affan berkata, “Tetapkanlah pendirianmu dengan sentiasa mengikhlaskan hati dalam setiap amalan.” Ali bin Abu Talib pula berkata, “Tetapkanlah pendirianmu dengan sentiasa melakukan amalan-amalan fardu.” Pendapat-pendapat ini menunjukkan konsisten penting untuk cemerlang terutamanya dalam perkara yang diwajibkan oleh Tuhan.

Asas-asas Konsisten

Istiqamah atau konsisten yang diterima dan diredhai Tuhan mempunyai asas-asasnya. Mengikut pandangan ulama tasawuf yang bijaksana, seperti yang dinukilkan di dalam kitab Dalil al-Falihin, “Istiqamah yang benar mestilah diasaskan di atas dua perkara iaitu iman kepada Allah dan amalan mengikut apa yang dibawa oleh nabi, zahir dan batinnya.”

Mengikut pendapat sahabat Omar bin Khattab, “Istiqamah ialah suatu keadaan di mana kamu mengikut perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang oleh agama secara berterusan dan tidak berdolak-dalik serta ke sana ke mari seperti musang.”

Salah satu punca pendidikan kita gagal melahirkan manusia cemerlang adalah kegagalan pendidik untuk konsisten dengan nilai-nilai murni yang diajar. Contohnya, di rumah ibu bapa mengajar anak-anak supaya tidak berbohong. Tetapi pada sesetengah masa, ibu bapa sendiri yang berbohong di hadapan anak-anak. Si ayah pula mengajar anak lelakinya supaya tidak merokok tetapi si ayah sendiri merokok.

Para pemimpin semasa berucap menyarankan para remaja kita mencontohi golongan yang berakhlak mulia. Mereka juga disuruh berbudi bahasa. Sebaliknya, di kaca-kaca TV para artis yang rendah akhlaknya dan bukannya para ilmuwan yang ditonjolkan secara konsisten. Tambahan daripada itu, tayangan-tayangan filem yang menonjolkan adegan-adegan lucah yang langsung tidak berbudi bahasa ditayangkan tanpa sega n silu untuk tontonan ramai.

Dalam ceramah-ceramah motivasi di seluruh Malaysia, saya sering mengingatkan para pendidik dan ibu bapa supaya tidak membudayakan konsep, 'Jangan tetapi boleh!'. Maksudnya, pada sesetengah masa kita berkata 'jangan' kepada anak-anak. Namun, pada masa yang lain kita berkata 'boleh' sama ada melalui lisan ataupun perbuatan kita. Apabila kita tidak konsisten atau istiqamah dengan nilai-nilai murni yang kita laungkan, hasilnya adalah kacau bilau dan runtuh akhlak.

Barsisa yang Tidak Konsisten

Barsisa adalah ahli ibadah terkenal pada zaman Bani Israel. Mengikut sahabat Abdullah bin Abbas, “Barsisa sudah beribadah kepada Allah selama tujuh puluh tahun. Untuk menyesatkan Barsisa, Iblis mengutus syaitan yang menyamar sebagai seorang ahli ibadah, untuk mendampingi Barsisa.

Kesungguhan dan ketekunan syaitan ini amat mengagumkan Barsisa dan sebelum berpisah, syaitan mengajar Barsisa satu doa yang dapat menyembuhkan segala penyakit. Sejak hari itu, Barsisa menjadi terkenal kerana kemampuannya mengubati segala penyakit sehingga pada suatu hari, syaitan telah merasuk seorang wanita yang amat jelita dan wanita itu akhirnya terpaksa dirawat oleh Barsisa. Beliau terpegun melihat kejelitaan wanita itu, dan ketika itulah syaitan memujuk Barsisa untuk melakukan zina. Lebih dari itu, syaitan menasihati Barsisa bahawa pintu taubat sentiasa terbuka dan jika beliau berzina beliau boleh terus bertaubat selepas itu.

Pujukan ini mempengaruhi jiwa Barsisa lantas beliau akhirnya melakukan zina sehingga wanita itu mengandung. Syaitan kemudiannya datang menemui Barsisa dan berkata, ‘Celaka kamu. Jika perkara ini dibiarkan, kamu akan mendapat malu. Aku mencadangkan agar kamu membunuh wanita itu, kemudian kamu bertaubat kepada Allah. Jika keluarganya bertanya tentangnya, katakan, syaitannya telah merasuknya dan dia telah melarikan diri.’

Wanita itu pun dibunuh oleh Barsisa. Syaitan begitu bergembira dan terus menemui Barsisa dengan cadangan agar wanita itu ditanam di tepi bukit. Tidak berapa lama selepas itu, keluarga wanita itu telah datang untuk menziarahinya dan mereka berasa amat terkejut selepas diberitahu wanita itu telah dirasuk syaitan dan melarikan diri ke dalam hutan. Syaitan terus memainkan peranannya dengan menjelmakan dirinya di dalam mimpi saudara-saudara wanita dan menceritakan kepada mereka tentang perbuatan Barsisa dan menunjukkan kepada mereka tempat saudara perempuan mereka ditanam. Akhirnya mayat wanita itu ditemui dan Barsisa telah didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman bunuh.

Sebelum hukuman dijalankan, syaitan datang sekali lagi kepada Barsisa dan berkata, ‘Tidakkah kamu mengenali aku. Akulah ahli ibadah yang telah mendampingimu sebelum ini. Perbuatanmu amat ter-kutuk dan kamu tidak akan dapat menyelamatkan diri melainkan jika kamu mematuhi arahanku yang terakhir, iaitu, sujud kepadaku.’ Barsisa terus sujud kepada syaitan maka matilah dia di dalam kekufuran.” Kisah ini dinukilkan di dalam Makaidu as-Syaitan oleh Taha Abdullah Afifi.

Kita sering kali gagal untuk menjadi konsisten kerana pujuk rayu syaitan yang menggiurkan. Berhubung dengan ini, dalam surah al-Anfal ayat 48 Tuhan menyatakan, “Dan ketika syaitan mencantikkan bagi mereka perbuatan mereka, dan dia berkata, 'Tidak ada seorang manusia pun yang dapat mengalahkan kamu pada hari ini, dan sesungguhnya aku adalah pelindungmu.'”

Abu Talhah yang Konsisten

Abu Talhah amat konsisten dengan perjuangan Islam. Beliau sentiasa bersedia untuk berjuang walaupun umur beliau sudah lanjut. Pada suatu masa, pada saat beliau sedang sakit, datanglah panggilan jihad. Beliau meminta anak-anaknya mempersiapkan dirinya supaya beliau dapat keluar berjihad. Walau bagaimanapun, hasrat beliau ditentang oleh anak-anaknya.

Beliau pun membaca ayat 41 dalam surah at-Taubah yang bermaksud, “Berangkatlah kamu berjuang dalam keadaan ringan ataupun berat,” dan beliau tetap berkeras untuk keluar berjuang. Anak-anaknya berkata, “(Ayah) telah berjuang pada zaman Rasulullah, Abu Bakar dan Omar dan sekarang giliran kami pula untuk keluar berjuang.” Akhirnya beliau diizinkan untuk belayar bersama-sama dengan tentera-tentera Islam untuk berperang.

Di tengah perjalanan, beliau meninggal dunia dan mayatnya hanya sempat ditanam sembilan hari selepas itu, apabila kawasan darat ditemui. Namun yang anehnya, keadaan tubuh jasadnya tidak berubah sedikit pun semasa dikafani dan disimpan. Kisah ini disebutkan di dalam al-Asas fit Tafsir oleh Said Hawa. Kesungguhan Abu Talhah dan konsistennya beliau dengan perjuangan Islam sepatutnya dicontohi oleh umat Islam pada hari ini.

Dingsu

Posts : 4
Join date : 2007-12-13

Back to top Go down

Cemerlang dan Istiqamah Empty Re: Cemerlang dan Istiqamah

Post  Shah Thu Jan 08, 2009 2:04 pm

Konsisten bukan sahaja perlu dan penting dalam hal-hal ibadah khusus; bahkan ia amat penting dalam semua perkara yang diusahakan kalau ingin memperolehi hasil yang dikehendaki. Sebagai contoh dalam perkara yang bersangkut paut dengan pendidikan.

Telah dibuktikan dan diketahui umum, seseorang pelajar yang konsisten dalam pembelajarannya amat sedikit yang tidak berjaya.

Shah

Posts : 27
Join date : 2007-11-30

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum